Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh
- Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama.
Langkah Membina Peta Dakap
1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud
2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan bahagian / pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.
Soalan-soalan berkaitan
1. Apakah nama objek ini?
2. Apakah bahagian / komponen utama objek ini?
3. Apakah komponen yang lebih kecil bagi setiap komponen utama objek ini?
4. Adakah bahagian / komponen ini merupakan sebahagian daripada .....?
5. Bahagian / komponen manakah yang telah hilang / tiada dalam gambar rajah ini?
0 ulasan:
Catat Ulasan