- Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian
Langkah Membina Peta Buih
1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif . Warna yang berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.
Soalan-soalan berkaitan
1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar,...?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
0 ulasan:
Catat Ulasan