Selamat Datang ke blog I-THINK SMK Jalan Kebun!

Rabu, 1 Januari 2014

Posted by Unknown 9:52 PG No comments
Proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir membantu guru dan murid melaksanakn aktiviti kemahiran berfikir dan menaakul. Pembudayaan kemahiran berfikir dilaksanakan dengan langkah berikut:


  1. Memberi kesedaran
  2. Perubahan set minda
  3. Amalan


1. Memberi Kesedaran

Semua pihak termasuk pegawai di KPM perlu diberi pendedahan mengenai program i-THINK. Kesedaran dalam mengajar dan belajar berfikir ini diberi melalui taklimat atau kursus. Dengan itu, semua pihak mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama.

Jurulatih Kebangsaan Program i-THINK di Bahagian KPM, JPN, PPD, IPGK dan sekolah telah dilatih oleh pihak Kestrel Education, United Kingdom. Jurulatih kebangsaan sekolah melatih pasukan pemandu setiap sekolah. Latihan ini dilaksanakan secara berperingkat seperti Rajah 1.1 berikut:

Rajah 1.1 : Kesedaran Program i-THINK di sekolah


Program i-THINK diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah (whole school approach), di mana latihan diberi kepada pentadbir, guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru dan murid mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama. Penglibatan ibu bapa juga menyokong kepada pendekatan ini.

2. Perubahan Set Minda

Pentadbir, guru dan murid peru bersedia untuk berubah dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan memerlukan kerjasama semua pihak. Perubahan set minda mengenai program i-THINK dilaksanakan melalui kempen, latihan, taklimat dan mesyuarat. Sekolah juga boleh mempamerkan banner, carta dan hasil tugasan pengajaran dan pembelajaran i-THINK di sekeliling sekolah. Ibubapa juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan program i-THINK melalui PIBG.

3. Amalan

Pelbagai alat berfikir seperti Peta Pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hats digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat penaakluan.
Kemahiran berfikir akan menjadi amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri serta berpusatkan murid dengan menggunakan alat berfikir.

Guru sebagai fasilitator menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam bilik darjah. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing.


Adakah satu alat dapat menyelesaikan pelbagai masalah?

Setiap masalah dapat diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai. Senario ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan beberapa pendekatan yang berlainan untuk disesuaikan dengan tajuk dan tahap murid. Antara alat berfikir yang boleh digunakan adalah:

1. Edward De Bono Six Thinking Hats
2. Peta Minda (Tony Buzan)
3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4. Analisis SWOT
5. Carta T
6. Carta Y
7. Diagram Lotus
8. Peta Pemikiran

 * Bagi program i-THINK, Peta Pemikiran diperkenalkan. Peta Pemikiran bukan kurikulum yang baru, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter